Meskipun sesi training banyak dijalankan di dalam bilik training, namun apakah perlu syarikat pembekal training mempunyai bilik trainingnya sendiri?
Tidak. Tidak perlu. Kita tidak perlu membuka bilik training sendiri. Kita boleh menyewa kemudahan training dari pihak-pihak lain seperti hotel, pusat konferens, training room milik rakan kita, training room milik pelanggan kita dan lain-lain tempat.
Dari sudut bisnes, membuka training room sendiri adalah tindakan menceburi sektor industri real property, bukan lagi industri training. Perolehan real property adalah daripada pajakan dan sewaan.
Bilik training kita itu perlu dijadikan profit centre, yakni ia mesti disewakan kepada pihak-pihak lain supaya ia membawa masuk bisnes dan membuat keuntungan. Tanpa sewaan dan pajakan dari pihak lain, maka kita sendiri yang terpaksa memajak training room itu!
------
Nota: Tuan boleh menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan menuliskan alamat emel tuan pada jendela yang disediakan.
.
No comments:
Post a Comment