Tip Bahasa untuk Komunikasi Marketing


Majoriti pengurus dan pegawai di jabatan latihan sektor swasta adalah Melayu. Inilah situasinya dalam syarkat multinasional, mahupun dalam syarikat-syarikat Malaysia yang di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Apabila trainer Melayu mendapat appointment berjumpa dengan mereka, bahasa apakah yang sebaiknya digunakan? Isu ini timbul kerana syarikat-syarikat itu mengguanakan bahasa Inggeris pada peringkat eksekutif.

Ada dua pendapat di sini:

1. Gunakan bahasa Inggeris

Trainer sebaiknya bercakap menggunakan bahasa Inggeris meskipun pegawai itu orang Melayu.

Kelebihan menggunakan bahasa Inggeris:

a. Kita dapat tunjukkan bahawa kita tahu bahasa Inggeris.

b. Eksekutif itu akan berasa selesa kalau dia pun memang lebih suka bercakap dalam bahasa Inggeris dengan kita.

2. Gunakan Bahasa Melayu

Kepada eksekutif Melayu, trainer sebaiknya menggunakan bahasa Melayu.

Risiko bercakap dalam bahasa Inggeris kepada pelanggan kita adalah:

a. Jikalau kita tidak betul-betul fasih, disebabkan sedikit sahaja kesalahan sebutan ataupun grammar, eksekutif itu akan menganggap kita bodoh bahasa Inggeris, oleh itu tidak layak.

b. Jikalau kita sangat fasih berbahasa Inggeris, eksekutif itu berasa kita mahu menunjuk-nunjuk yang kita lebih fasih daripada diirinya.

c. Risiko bahasa ini lebih besar apabila eksekutif itu tahu berbahasa Inggeris, tetapi dia lebih suka berbahasa Melayu dengan orang Melayu.

Apabila kita memilih berbahasa Melayu, bagaimanakah caranya kita hendak memberitahu eksekutif itu dengan cara yang sangat halus bahawa kita juga fasih berbahasa Inggeris?

Caranya adalah, apabila kita perlu menyebut satu ataupun dua perkataan Inggeris, sebut perkataan itu dengan sebutan bahasa Inggeris yang baik. Telinganya yang tajam akan dapat menangkap bahawa hanya orang yang fasih berbahasa Inggeris sahaja dapat mengeluarkan sebutan sebegitu!

------

Nota: Tuan boleh menerima secara percuma semua posting dalam blog ini dengan menuliskan alamat emel tuan pada jendela yang disediakan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan,

    Ketika bertugas di syarikat perunding latihan, saya biasa diminta Pengarah Urusan mengikuti jurujual latihan kami turun padang untuk bantu menjawab soalan berkenaan modul daripada pelanggan.

    Ketika menemani seorang jurujual berbangsa Cina ke MAMPU, kami bertemu dengan pegawai Melayu yang membuka bicara dengan bahasa Inggeris tunggang-langgang.

    Jurujual kami menyambut bicaranya dengan bahasa Inggeris yang lancar. Saya nampak dinamik perbincangan itu berubah. Pegawai menjadi semakin defensif.

    Apabila saya menilik sahut-menyahut itu tidak ke mana, saya pula melangkah dengan BMT (Bahasa Melayu Tinggi, bukan sanwic di Subway). Hasilnya, pegawai itu lebih lancar dan terbuka berbincang, dan bukan kerana saya berbangsa Melayu (ada muka mancung kacuk sedikit).

    Kami melangkah keluar dengan janji termeteri. Jurujual itu bertanya bagaimana saya lakukan? Saya jawab, itu prinsip silat pulut berpasangan.

    "Bila kita hendak orang memberi kita sesuatu (duit, membeli latihan), kita izinkan kuasa ke atas kita".

    "Bila kita hendak memberi orang sesuatu (seperti iklan syampu), kita hilangkan kuasa daripadanya".

    Dalam silat, kita namakannya petua Jual-Beli (seperti dalam pantun) dan Buang Imbang dan Ambil Imbang.

    Ia boleh digunakan dalam interaksi sosial bermanfaat bersama dalam suasana kepercayaan, atau dalam situasi perang untuk mengumpan musuh.

    Terima kasih atas artikel ini :)

    Wassalam,

    ReplyDelete